Kursus yang ditawarkan oleh FTSM kepada prasiswasah:
1. Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Sains Komputer) - Modul Sains Komputer
2. Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Sains Komputer) - Modul Sistem Komputer
3. Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Pengajian Multimedia)
4. Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Komputeran Industri)
5. Sarjanamuda Teknologi Maklumat dengan Kepujian( Sains dan Pengurusan Sistem)
FTSM juga dibahagikan kepada dua pusat pengajian iaitu:
1. Pusat pengajian teknologi maklumat
Pusat ini berusaha menjana dan menyebar ilmu serta kemahiran dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan teori dan amalan dalam disiplin Teknologi Maklumat. Ia merangkumi khususnya bidang-bidang yang berkaitandengan teori dan amalan dalam disiplin multimedia dan sains maklumat. Ia merangkumi program pengajian yang melibatkan teori dalam Sains Maklumat dan pembangunan aplikasi Multimedia. Pusat ini juga merangkumi program pengajian Komputeran Industri yang melibatkan teori dalam pembangunan sistem dan robotik & automasi yang diperlukan dalam pelbagai industri di negara ini. Skop "industri" merangkumi perkhidmatan, industri telekomunikasi, industri bioteknologi, industri pembuatam, industri asas tani dan banyak lagi.
2. Pusat pengajian sains komputer
Pusat ini menjana dan menyebar ilmu dan kemahiran dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan teori dan amalan dalam disiplin Sains Komputer dan Sistem Aplikasi. Ia merangkumi program pengajian yang melibatkan teori dalam pembangunan teknologi komputer dan perisian sistem dan perisian aplikasi.
Gambar-gambar FTSM:
Makmal FTSM
No comments:
Post a Comment