Monday 28 November 2011

Kemudahan Dalam UKM

1)Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Dectar merupakan dewan utama di UKM.Kebanyakan majlis telah di sambut di DECTAR.


2) STADIUM UKM
Kemudahan sukan yang besar bagi pelajar UKM bersenam.


3)PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG (PTSL)
PTSL merupakan perpustakan yang terbesar di Asia Tenggara.


4)PUSANIKA
Pusat kemudahan utama di UKM.Kebanyakan barang keperluan boleh dibeli di sini.

4)Pusat Kesihatan(PK)
Pusat kemudahan yang memberikan rawatan kepada pelajar UKM secara percuma.









Tuesday 15 November 2011

FTSM

FTSM(Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat)

Kursus yang ditawarkan oleh FTSM kepada prasiswasah:
1. Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Sains Komputer) - Modul Sains Komputer

2. Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Sains Komputer) - Modul Sistem Komputer

3. Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Pengajian Multimedia) 

4. Sarjanamuda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Komputeran Industri) 

5. Sarjanamuda Teknologi Maklumat dengan Kepujian( Sains dan Pengurusan Sistem) 

FTSM juga dibahagikan kepada dua pusat pengajian iaitu:
1. Pusat pengajian teknologi maklumat 
Pusat ini berusaha menjana dan menyebar ilmu serta kemahiran dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan teori dan amalan dalam disiplin Teknologi Maklumat. Ia merangkumi khususnya bidang-bidang yang berkaitandengan teori dan amalan dalam disiplin multimedia dan sains maklumat. Ia merangkumi program pengajian yang melibatkan teori dalam Sains Maklumat dan pembangunan aplikasi Multimedia. Pusat ini juga merangkumi program pengajian Komputeran Industri yang melibatkan teori dalam pembangunan sistem dan robotik & automasi yang diperlukan dalam pelbagai industri di negara ini. Skop "industri" merangkumi perkhidmatan, industri telekomunikasi, industri bioteknologi, industri pembuatam, industri asas tani dan banyak lagi.

2. Pusat pengajian sains komputer
Pusat ini menjana dan menyebar ilmu dan kemahiran dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan teori dan amalan dalam disiplin Sains Komputer dan Sistem Aplikasi. Ia merangkumi program pengajian yang melibatkan teori dalam pembangunan teknologi komputer dan perisian sistem dan perisian aplikasi.

Gambar-gambar FTSM:
Makmal FTSM